Cristiano Ronaldo umum bersara daripada skuad kebangsaan Portugal

Facebook
WhatsApp
TAMAT ERA... Cristiano Ronaldo mengumumkan persaraan daripada skuad kebangsaan Portugal pada usia 41 tahun selepas mencipta rekod 146 gol di pentas antarabangsa. Foto AFP

BERLIN, 5 November: Cristiano Ronaldo mengumumkan persaraannya daripada skuad kebangsaan Portugal berkuat kuasa serta-merta, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik hantaran bintang bola sepak berusia 41 tahun itu di media sosial pada hari ini.

Penyerang itu meninggalkan skuad kebangsaan ketika rehat antarabangsa lalu susulan pertikaian dengan jurulatih Jorge Jesus mengenai masa bermain.

Beliau dikenakan penggantungan selama 30 hari oleh Persekutuan Bola Sepak Portugal, namun sebelum ini dijangka kembali menyertai skuad bagi perlawanan Liga Negara-Negara UEFA pada November.

Bagaimanapun, Ronaldo kini memutuskan untuk menamatkan kerjaya antarabangsanya selepas mencipta rekod sebagai penjaring terbanyak bola sepak antarabangsa lelaki dengan 146 gol.

“Kepada rakyat Portugal, sudah tiba masanya untuk saya menyerahkan semula jersi nombor tujuh pasukan kebangsaan kita,” katanya menerusi satu video.

Ronaldo bagaimanapun akan terus beraksi bersama kelab Arab Saudi, Al Nassr, dalam usahanya mencapai 1,000 gol sepanjang kerjaya.

Beliau sebelum ini pernah membayangkan kemungkinan bersara sepenuhnya daripada bola sepak pada tahun depan.- Bernama-dpa