Polis mohon bantuan kesan lelaki 65 tahun, anak sedang dirawat di hospital

Facebook
WhatsApp
T’ En Joon Nam, 65, yang sedang dikesan polis bagi membantu urusan rawatan anaknya di sebuah hospital di Kota Sentosa.

KUCHING, 5 November: Polis Padawan memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki berusia 65 tahun yang diperlukan segera di sebuah hospital di Kota Sentosa, di sini, susulan anaknya yang kini sedang menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Barry William berkata, lelaki dikenali sebagai T’ En Joon Nam itu kali terakhir dilihat pada 26 Oktober lalu di kawasan Tapah.

Menurutnya, anak lelaki berkenaan tidak dapat menghubungi bapanya, manakala tiada ahli keluarga lain yang boleh dihubungi.

Pihak hospital memerlukan kehadiran waris terdekat dengan kadar segera bagi menguruskan perkara berkaitan rawatan anaknya.

T’ En Joon Nam berbangsa Cina dan kali terakhir dilihat memakai baju berwarna putih.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai keberadaan lelaki berkenaan diminta menghubungi Ketua Balai Polis Tapah, SM Sharifah Shamimi di talian 017-8894828 atau Balai Polis Tapah di talian 082-867236.