Bandar Baharu Sebuyau capai kemajuan 44 peratus, siap Mei 2028

Facebook
WhatsApp
MENTERI Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi meninjau perkembangan pembangunan Bandar Baharu Sebuyau yang mencatat kemajuan fizikal 44 peratus bagi Fasa 1 setakat 25 Oktober 2026. Projek itu dijangka siap pada Mei 2028. Foto UKAS

SEBUYAU, 5 November: Pembangunan Bandar Baharu Sebuyau yang merangkumi komponen kediaman dan komersial kini mencapai kemajuan fizikal 44 peratus bagi Fasa 1 setakat 25 Oktober 2026, dengan projek itu dijangka siap pada Mei 2028.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, projek yang dilaksanakan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) itu melibatkan pembangunan kawasan kediaman serta premis komersial bagi menyokong pertumbuhan penempatan dan ekonomi setempat.

Menurut kenyataan di laman rasmi Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Fasa 1 merangkumi pembangunan 100 unit rumah, dengan 50 daripadanya akan dilengkapi panel solar sebagai penerapan elemen tenaga boleh baharu.

SIDANG media berhubung pembangunan Bandar Baharu Sebuyau yang merangkumi 235 lot kediaman dan 145 unit premis komersial bagi mewujudkan kawasan penempatan serta perniagaan baharu di Sebuyau. Foto UKAS

Secara keseluruhan, pelan induk Bandar Baharu Sebuyau merangkumi 235 lot kediaman serta 145 unit premis komersial.

Rumah dua tingkat berkonsepkan LCDA Sapphire yang dibangunkan mempunyai keluasan lantai 871.87 kaki persegi, dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air.

Reka bentuk rumah itu turut menyediakan pilihan pembesaran keluasan lantai kepada 1,162.50 kaki persegi atau 1,356.25 kaki persegi mengikut keperluan penghuni.

Komponen komersial pula merangkumi 65 unit rumah kedai dua tingkat dan 80 unit rumah kedai tiga tingkat.

 TINJAUAN pembangunan Bandar Baharu Sebuyau yang menyaksikan 50 daripada 100 unit rumah dalam Fasa 1 akan dilengkapi panel solar sebagai sebahagian daripada penerapan penggunaan tenaga boleh baharu. Foto UKAS

Rumah kedai dua tingkat menggabungkan ruang perniagaan dan kediaman, manakala unit tiga tingkat turut menyediakan ruang pejabat bagi menampung pelbagai aktiviti komersial.

Julaihi mengadakan lawatan kerja ke tapak projek berkenaan pada Khamis bagi meninjau perkembangan pelaksanaannya.

Turut hadir, Pengurus Besar LCDA, Datu Sr Zaidi Zaidi, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Datu Abdullah Julaihi, Ketua Pegawai Eksekutif LCDA Real Estate Sdn Bhd, Sr Hardi Fadillah Hamzah dan Residen Bahagian Samarahan, Mohamad Irwan Bahari Bujang.

Oleh Afiq Sallehi

BNM kekalkan OPR pada 2.75 peratus

KUALA LUMPUR, 5 November: Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus susulan