Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masih ramai ingkar, puntung rokok bertaburan di sekitar kedai kopi
  • Utara
  • WILAYAH

Masih ramai ingkar, puntung rokok bertaburan di sekitar kedai kopi

Utusan Sarawak 6 hours ago
TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.….Puntung rokok yang dibuang merata-rata.

MIRI: Sikap tidak bertanggungjawab segelintir individu yang membuang puntung rokok merata-rata masih berterusan apabila kaki lima beberapa kedai kopi di sini didapati dipenuhi sisa rokok.

Tinjauan Utusan Sarawak di beberapa pusat komersial di bandar ini mendapati puntung rokok bertaburan di laluan pejalan kaki serta kawasan parkir sehingga mencemarkan persekitaran dan mencacatkan pemandangan.

Keadaan itu bukan sahaja menjejaskan imej premis perniagaan, malah boleh memberi kesan buruk kepada alam sekitar memandangkan puntung rokok mengambil tempoh yang lama untuk terurai.

Orang ramai berharap perokok lebih bertanggungjawab dengan memadam dan membuang puntung rokok ke dalam bekas yang disediakan bagi memastikan kawasan awam sentiasa bersih, selesa dan kondusif untuk semua.

Seorang pekerja swasta, Lim Siew Ling, 34, berkata keadaan itu amat mengecewakan kerana memberi imej negatif kepada bandar selain menjejaskan keselesaan orang ramai.

“Setiap hari ada pekerja yang membersihkan kawasan ini, namun masih terdapat individu yang membuang puntung rokok sesuka hati. Jika semua pihak mempunyai kesedaran sivik, kawasan ini pasti lebih bersih,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga, Mohd Azlan Rahman, 42, berpendapat penguatkuasaan perlu dipertingkatkan bagi memastikan orang ramai mematuhi larangan merokok di kawasan yang telah diwartakan.

“Larangan merokok sudah lama dikuatkuasakan, tetapi masih ada yang merokok di kaki lima dan membuang puntung rokok di atas lantai. Tindakan yang lebih tegas mungkin dapat mengubah sikap mereka,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: PTTEP lancar Projek Orkid, perkasa komuniti dan kelestarian alam sekitar Bintulu
Next: Rumah panjang mempunyai lebih 20 pintu boleh memohon melantik seorang tuai rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.