Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Petani perlu beralih kepada produk hiliran bernilai tinggi
  • TEMPATAN

Petani perlu beralih kepada produk hiliran bernilai tinggi

Utusan Sarawak 10 hours ago
DATO Sri Dr Stephen Rundi Utom berucap pada majlis penyerahan cek MRP Fasa Dua DUN Kemena di Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu hari ini.

BINTULU: Golongan petani perlu beralih daripada menjual hasil pertanian segar kepada penghasilan produk hiliran bernilai tinggi bagi meningkatkan pendapatan serta memperkukuh daya saing sektor agromakanan.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata pendekatan itu penting memandangkan kebanyakan hasil pertanian mempunyai jangka hayat yang singkat dan terdedah kepada lambakan ketika musim pengeluaran.

Menurutnya, hasil pertanian tidak seharusnya diusahakan untuk kegunaan sendiri semata-mata, sebaliknya perlu diproses bagi menghasilkan produk bernilai tambah yang mampu memberi pulangan lebih tinggi.

“Ketika ini ramai beranggapan hanya kelapa sawit menguntungkan, sedangkan terdapat pelbagai hasil pertanian lain yang berpotensi memberikan pulangan lebih baik jika diproses sebagai produk hiliran,” katanya.

 DATO Sri Dr Stephen Rundi menyampaikan cek MRP Fasa Dua DUN Kemena kepada salah seorang penerima pada majlis yang diadakan di Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan Cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena Fasa Dua di Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu di sini, hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan cek MRP berjumlah RM594,000 kepada 43 penerima terdiri daripada persatuan dan pertubuhan komuniti di kawasan Kemena, Sebauh, Suai, Niah serta beberapa kawasan lain.

Stephen berkata pembangunan industri hiliran mampu meningkatkan nilai komoditi pertanian seperti nanas, durian, lada hitam dan padi menerusi penghasilan pelbagai produk yang mempunyai nilai pasaran lebih tinggi.

Beliau berkata, sebagai contoh, padi bukan sahaja boleh dipasarkan sebagai beras, malah diproses menjadi produk lain seperti tepung dan biskut yang mampu menjana nilai ekonomi lebih besar.

Dalam pada itu, beliau menggalakkan lebih ramai belia, khususnya lepasan institusi pengajian tinggi, menceburi sektor pertanian moden menerusi penggunaan teknologi seperti Internet Kebendaan (IoT) dan konsep fusion farming.

Menurutnya, kementerian sedang membangunkan projek pertanian pintar di Batu 11 yang akan dijadikan platform latihan bagi melahirkan lebih ramai usahawan tani muda mengusahakan tanaman bernilai tinggi.

“Selepas menamatkan pengajian di universiti, gunakanlah ilmu yang diperoleh untuk mencipta peluang menjana pendapatan, bukan sekadar memperoleh pendapatan tetap.

DATO Sri Dr Stephen Rundi Utom bergambar bersama para penerima selepas menyampaikan cek MRP Fasa Dua DUN Kemena di Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu hari ini.

“Kedua-duanya berbeza kerana memperoleh pendapatan tetap bermaksud makan gaji, manakala mencipta pendapatan memberi peluang membina kekayaan,” katanya.

Katanya, Jabatan Pertanian perlu terus memperkukuh usaha memberi bimbingan kepada petani dan belia mengenai teknologi, pemprosesan serta pemasaran agar lebih banyak hasil pertanian dapat dikomersialkan sebagai produk hiliran, sekali gus memperkukuh rantaian nilai sektor agromakanan dan menyokong pembangunan ekonomi negeri.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Samarahan tuan rumah sambutan Minggu Belia Sarawak 2026
Next: Kepekaan gender perkukuh budaya kerja inklusif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.