
PETRA JAYA: Gerai makanan EJ Char Kuey Teow di Taman Sourabaya Indah menjadi tumpuan pelanggan selepas menawarkan hidangan char kuetiau yang menekankan keseimbangan rasa masin, manis dan ringan dalam setiap sajian.

Menurut pemilik EJ Char Kuey Teow, Muhammad Idzwan Ibrahim, aspek utama dalam penyediaan char kuetiau di gerainya ialah penggunaan kicap yang lengkap serta seimbang dari segi rasa bagi memastikan hidangan kekal enak dan menepati cita rasa pelanggan.

Antara menu yang menjadi pilihan pelanggan ialah char kuetiau bersama udang dan kerang, selain sotong goreng yang dianggap sebagai hidangan istimewa di gerai berkenaan.
Kombinasi ini mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan pengunjung.

Muhammad Izzan berkata, gerai char kuetiau yang diusahakannya beroperasi dari 4.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari bagi memenuhi permintaan pelanggan di kawasan tersebut, di samping menawarkan pelbagai pilihan hidangan kepada orang ramai.