
WASHINGTON: Kapten Jepun Wataru Endo menarik diri daripada skuad Piala Dunia 2026 akibat kecederaan kaki, menurut Persatuan Bola Sepak Jepun, lapor Xinhua.
Pemain tengah Liverpool berusia 33 tahun itu menjalani pembedahan kaki kiri pada Februari sebelum kembali beraksi pada 31 Mei.
Beliau menjalani latihan secara berasingan daripada rakan sepasukan sejak pasukan itu tiba di bandar Nashville.- Bernama-Xinhua
Kapten Jepun, Wataru Endo meluangkan masa menandatangani autograf untuk peminat ketika sesi latihan terbuka skuad Samurai Biru di Geodis Park, Nashville, Tennessee. – Foto AFP