Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki rugi hampir RM400,000 terjerat kerja sambilan dalam talian di Miri
  • JENAYAH

Lelaki rugi hampir RM400,000 terjerat kerja sambilan dalam talian di Miri

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR hiasan.

MIRI: Lelaki tempatan berusia awal 50an kerugian RM396,850 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian yang menjanjikan keuntungan lumayan dalam tempoh singkat. 

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Miri menerima laporan berhubung kes itu, hari ini.

Menurutnya, mangsa dipercayai diperdaya selepas dihubungi individu yang memperkenalkan diri sebagai ‘Lim’ menerusi aplikasi WhatsApp dan menawarkan peluang menjana pendapatan dengan mengurus pesanan pembelian pelanggan melalui sebuah platform e-dagang. 

“Mangsa dijanjikan komisen sebanyak 10 peratus bagi setiap transaksi yang berjaya diselesaikan.

“Bagi menyertai skim itu, mangsa dikehendaki membuat bayaran terlebih dahulu bagi setiap pesanan kononnya untuk membolehkan pihak kilang memproses dan menghantar barangan kepada pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, sepanjang penglibatan dalam skim berkenaan, mangsa telah membuat pelbagai pembayaran ke beberapa akaun bank yang berbeza.

Katanya, walaupun keuntungan dipaparkan dalam sistem, mangsa tidak pernah berjaya mengeluarkan sebarang keuntungan kerana sentiasa diminta membuat bayaran tambahan atas pelbagai alasan.

“Akibat terpedaya, mangsa mengalami kerugian keseluruhan RM396,850 yang melibatkan wang simpanan sendiri serta pinjaman daripada ahli keluarga,” katanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. 

Mohd Farhan berkata, sindiket terbabit menggunakan modus operandi yang dikenali sebagai penipuan kerja dalam talian,penipuan peniaga atau penipuan e-dagang dengan memujuk mangsa membuat pembayaran berulang kali menggunakan janji keuntungan tinggi.

“Keuntungan yang dipaparkan hanyalah paparan dalam sistem yang dikawal sindiket dan tidak boleh dikeluarkan oleh mangsa,” katanya. 

Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah mempercayai tawaran pekerjaan atau pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat serta membuat semakan terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan. 

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan dalam operasi dadah di Jalan Trusan
Next: Premis urut diserbu, lima wanita warga asing dicekup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.