Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri termasuk Sarawak hingga 9.00 malam ini 

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di enam negeri hingga 9.00 malam ini. 

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca berkenaan diramal berlaku di pantai timur melibatkan daerah Besut, Setiu dan Dungun di Terengganu, manakala di Pahang membabitkan Bera dan Rompin.

Keadaan sama turut dijangka melanda Jempol di Negeri Sembilan serta di Johor (Segamat dan Mersing) 

Sementara itu di Sabah, amaran dikeluarkan bagi kawasan Pedalaman (Nabawan) serta Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan). 

Di Sarawak kawasan yang terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Betong), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Bukit Mabong), Miri (Beluru dan Telang Usan) dan Limbang. – Bernama 

IPU Kuching terus meningkat, cecah 174

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuching terus meningkat apabila mencatat bacaan 174 setakat 4.00 petang ini, berbanding 161 pada