Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Pengembara berbasikal Jepun, Takahiro Usui tiba di Limbang dalam misi mengelilingi dunia
  • INSPIRASI

Pengembara berbasikal Jepun, Takahiro Usui tiba di Limbang dalam misi mengelilingi dunia

Utusan Sarawak 10 hours ago
TAKAHIRO bergambar di pintu gerbang Kampung Meritam Limbang.

LIMBANG: Seorang pengembara berbasikal dari Jepun yang terkenal dengan misi mengelilingi dunia, Takahiro Usui, tiba di Limbang pada Selasa lalu.

Ketibaannya disambut oleh seorang peniaga dari Limbang, Eric Chua, 63 tahun, yang memaklumkan bahawa Takahiro Usui sedang menjalani jelajah kayuhan jarak jauh merentasi Malaysia, Singapura Indonesia dan Borneo sebelum tiba di Limbang.

RUMAH PANJANG… Takahiro sempat melawat rumah panjang di Pekan Medamit Limbang.

Perjalanannya bermula dari Semenanjung Malaysia melibatkan beberapa lokasi seperti Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan dan Johor sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura dan Indonesia, termasuk Sumatera, Jawa dan Kalimantan.

 “Takahiro tiba di Limbang dan bertemu dengan kami dari westlaketyre.com. Kami berasa teruja dan bertuah kerana dapat bertemu beliau.

“Sebaik tiba di Limbang, kami menyambut beliau dengan penuh mesra dengan menyediakan tempat penginapan, makanan dan minuman sebagai tanda layanan mesra dan persahabatan,” katanya kepada media hari ini.

MANDI LUMPUR…Takahiro sempat berendam dalam lumpur bebuak di Kampung Meritam Limbang.

Eric berkata, selain memperkenalkan kepelbagaian budaya, bahasa dan makanan, Takahiro juga berpeluang melihat sendiri keunikan Rangkaian Jalan Sarawak Sabah (SSLR) sebelum meneruskan kayuhan ke Trusan, Lawas, Sindumin, Long Pasia, Tenom dan Keningau, serta seterusnya kembali ke Indonesia.

“Dalam perjalanan ke SSLR, kami singgah melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Masyarakat Cina, Kapitan Tey Kim Chuan di Medamit.

SAHABAT BAHARU… Takahiro beramah mesra dengan rakan baharu di rumah panjang di Medamit Limbang.

“Takahiro juga dibawa melawat keunikan rumah panjang dan kampung sekitar Medamit untuk memahami budaya serta kehidupan tradisional masyarakat Iban.

“Takahiro turut melawat penempatan masyarakat Penan serta membeli kraf tangan tradisional sebagai cenderamata,” katanya.

Lebih manis, katanya Takahiro turut dibawa menikmati keenakan makan malam ‘nasi lama’ di gerai malam terkenal di Limbang pada malam terakhirnya.

Oleh Adeng Edrus

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Gigih cari rezeki, Suriani jual rempeyek tampung kehidupan keluarga
Next: Ilmu, inspirasi dan irama: Perjalanan seorang penerbit muzik muda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.