Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Imranul Effendy pilih bersaing dengan diri sendiri, kekal relevan dalam industri
  • HIBURAN

Imranul Effendy pilih bersaing dengan diri sendiri, kekal relevan dalam industri

Utusan Sarawak 5 hours ago
DI SEBALIK kemunculan ramai wajah baharu dalam industri hiburan Malaysia, pelakon meningkat naik Imranul Effendy memilih untuk terus merendah diri dengan melihat persaingan bukan sebagai ancaman, sebaliknya peluang untuk memperbaiki diri dan mengembangkan kerjaya. Pelakon berusia 27 tahun itu berkata kehadiran bakat-bakat lain dalam industri menjadi pendorong untuk terus mengasah kemahiran dan memberikan yang terbaik dalam setiap peluang yang diterimanya. Foto Bernama.

KUALA LUMPUR: Di sebalik kebanjiran wajah baharu yang mewarnai persada seni tanah air, pelakon meningkat naik Imranul Effendy memilih untuk tidak mendabik dada, sebaliknya menjadikan persaingan sebagai cermin untuk membaiki diri dan mengembangkan kerjayanya.

Bagi Imranul Effendy, 27, kehadiran rakan seperjuangan dalam industri tidak pernah dilihat sebagai ancaman, sebaliknya menjadi dorongan untuk meningkatkan kemampuan dan memberi yang lebih baik dalam setiap peluang yang diterima.

“Saya melihat persaingan sebagai motivasi. Ia membuat saya lebih bersemangat untuk pergi lebih jauh. Saya lebih suka bersaing dengan diri sendiri, bandingkan diri saya sekarang dengan diri saya yang dulu,” katanya kepada Bernama selepas program Di Sebalik Kamera Suara Alfa: Imranul Effendy di Bernama Radio, di sini hari ini.

DI SEBALIK kemunculan ramai wajah baharu dalam industri hiburan Malaysia, pelakon meningkat naik Imranul Effendy memilih untuk terus merendah diri dengan melihat persaingan bukan sebagai ancaman, sebaliknya peluang untuk memperbaiki diri dan mengembangkan kerjaya. Pelakon berusia 27 tahun itu berkata kehadiran bakat-bakat lain dalam industri menjadi pendorong untuk terus mengasah kemahiran dan memberikan yang terbaik dalam setiap peluang yang diterimanya. Foto Bernama.

Bekas penari profesional itu yang mula mendapat perhatian selepas tular menerusi video muzik ‘Jodoh Lebaran’, berpendapat bakat semata-mata bukan jaminan untuk bertahan lama dalam dunia lakonan tanpa kesungguhan serta komitmen yang berterusan

Dalam pada itu, beliau yang pernah membintangi drama pendek ‘Paku Hatiku’ mengakui landskap industri hiburan yang bergerak pantas menuntut anak seni untuk sentiasa peka perubahan teknologi, termasuk platform media sosial seperti TikTok. 

“Sekarang kena ikut perkembangan baharu. Dulu orang tak pandang TikTok, sekarang semua orang ada TikTok. Kena sentiasa ikut perkembangan dan kekal relevan,” katanya yang turut membintangi filem Takluk 2: Ops Daulat.

Di sebalik sinar populariti, Imranul tetap berpijak di bumi nyata dan mengakui kehidupan sebagai figura awam mempunyai cabaran tersendiri, terutama apabila setiap gerak-geri diperhatikan masyarakat.

“Bila kita ada pengikut ramai, kehidupan kita sentiasa diperhatikan. Kadang-kadang orang luar cuba tentukan macam mana kita patut hidup walaupun mereka tak tahu situasi sebenar. Tapi saya jadikan semua itu sebagai motivasi untuk terus bekerja keras,” katanya.

Bercakap mengenai realiti ekonomi anak seni yang sering dikaitkan dengan pendapatan tidak menentu, pelakon drama bersiri popular ‘Project: High Council’ itu mengingatkan rakan artis agar bijak mengurus kewangan demi masa depan.

Imranul yang membuat kemunculan sulung menerusi filem ‘Nar’sata: Sekutu Setan’ arahan Pierre Andre yang mula ditayangkan hari ini, mengakui tanggapannya terhadap pengarah berkaliber itu berubah selepas berpeluang bekerjasama di set penggambaran.

“Saya sangkat Abang Pierre seorang yang sangat serius, tapi sebenarnya sangat baik dan senang bekerja. Dia beri kebebasan kepada pelakon untuk berkarya serta sentiasa mengambil kira keselesaan sebelum menjalani sesuatu babak,” katanya yang menyimpan hasrat untuk mencuba watak romantik komedi pada masa depan.

Selain Imranul, filem terbitan Metrowealth International Group itu turut dibintangi Trisha Ooi, Mawar Rashid, Khatijah Tan, Nam Ron, Aniq Suhair, Khenobu, Fadlan Hazim, Wan Hanafi Su, Vanida Imran dan Ashraf Muslim. – Bernama

Continue Reading

Previous: Hos Late Show Stephen Colbert undur diri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.