Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Kerajaan setuju ketetapan kemasukan lepasan luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA
  • PENDIDIKAN

Kerajaan setuju ketetapan kemasukan lepasan luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA

Utusan Sarawak 7 hours ago

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mempersetujui beberapa ketetapan berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di negara ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan mesyuarat Jemaah Menteri mempersetujui beberapa ketetapan berkaitan laluan kemasukan pelajar daripada aliran sekolah atau institusi tahfiz, sekolah swasta dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) ke IPTA.

Bagi calon-calon daripada aliran tersebut yang turut memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) penuh, mereka boleh memohon mana-mana program pengajian yang ditawarkan melalui sistem UPUOnline.

Ia mengikut kiraan merit berdasarkan pakej mata pelajaran yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM) serta tertakluk kepada syarat am dan syarat khas program ditetapkan universiti melalui proses pemilihan berdasarkan meritokrasi.

“KPT komited memastikan akses pendidikan tinggi yang inklusif, adil dan berkualiti kepada semua pelajar yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke IPTA di negara ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,” menurut KPT dalam kenyataan hari ini.

KPT memaklumkan bagi calon-calon aliran tersebut yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah yang dikendalikan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan diperakui KPM, mereka boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program tertentu di IPTA yang telah dikenal pasti berdasarkan kesesuaian bidang pengajian dan keperluan semasa.

Bagi calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz, antara program dikenal pasti ialah Diploma dan Sarjana Muda Dakwah, Diploma dan Sarjana Muda al-Quran dan As-Sunnah, Sarjana Muda Pendidikan Tahfiz dan Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah).

Bagi calon lepasan SMPC/UEC pula, antara program dikenal pasti ialah Sarjana Muda Sastera Pengajian Bahasa Cina dengan Kepujian, Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Cina, Sarjana Muda Sastera Pengajian Cina dan Sarjana Muda Bahasa Cina dengan Pendidikan.

“Semua permohonan akan diproses berdasarkan prinsip meritokrasi, syarat kelayakan akademik serta tertakluk kepada ketetapan dan keputusan Senat Universiti,” menurut kenyataan itu.

KPT menegaskan bahawa pendekatan ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkasakan akses pendidikan tinggi negara secara lebih inklusif tanpa menjejaskan standard akademik dan kualiti sistem pendidikan tinggi negara.- Bernama

Continue Reading

Previous: MINDEF peruntuk RM7.2 juta beri peluang graduan anak warga ATM jalani latihan pekerjaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.