Remaja 17 tahun dilaporkan hilang di MJC

Facebook
WhatsApp
REMAJA HILANG... Qayyum Mustaqim Abdullah, 17, dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di MJC, Jalan Batu Kawa, pada 23 September lalu.

KUCHING: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di kawasan MJC, Jalan Batu Kawa, di sini pada 23 September lalu.

Ketua Polis Daerah Padawan, P/Supt Barry William, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja terbabit pada 10.26 pagi hari ini.

“Remaja berkenaan dikenali sebagai Qayyum Mustaqim Abdullah.

“Qayyum berusia 17 tahun dan berbangsa Iban,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Barry berkata Qayyum kali terakhir dilihat kira-kira 12.30 tengah hari pada 23 September 2026 di MJC, Jalan Batu Kawa.

“Ketika hilang, dia memakai baju dan seluar berwarna hitam,” katanya.

Sehubungan itu, pihak polis memohon bantuan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan remaja berkenaan supaya tampil membantu siasatan.

Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan, Sjn Wan Muhamad Mazlan, di talian 019-4619994.

Orang ramai juga boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Padawan di talian 082-862233 atau mana-mana balai polis berhampiran.