Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • RENCANA
  • BK Square Burger jadi ‘port’ baharu penggemar burger di Kuching
  • RENCANA

BK Square Burger jadi ‘port’ baharu penggemar burger di Kuching

Utusan Sarawak 4 hours ago
SA’AUDI menunjukkan hidangan burger daging oblong pattaya.

KUCHING: Penggemar burger tempatan kini mempunyai lebih banyak pilihan menarik apabila BK Square Burger di Jalan Datuk Ajibah Abol, Kampung Masjid, bersebelahan Jambatan Datuk Amar Juma’ani, menawarkan pelbagai menu burger pada harga berpatutan dengan cita rasa tersendiri.

Menerapkan konsep burger jalanan, gerai tersebut menyediakan pelbagai pilihan pati burger buatan sendiri, termasuk pati burger ekonomi, pati burger Ramly dan pati nuget, selain pilihan premium yang menampilkan pati burger buatan sendiri serta cita rasa istimewa.

Antara menu yang menjadi tarikan ialah daging HM, ayam HM dan kambing HM dengan harga bermula RM7 hingga RM10, manakala versi Pattaya pula ditawarkan sehingga RM15 mengikut pilihan pati.

SA’AUDI sedang memasak daging pati burger buatan sendiri.

Bagi pelanggan yang gemarkan hidangan lebih premium, menu cita rasa istimewa seperti daging IPPO, ayam IPPO dan kambing IPPO dijual pada harga RM20 hingga RM28.

Selain itu, pelanggan juga boleh menambah pelbagai ‘tambahan’ seperti keju, nanas, sosej dan telur bagi menambah kelazatan burger pilihan mereka.

Menurut pemiliknya Sa’audi Seli yang berasal dari Kampung Saai, Daro, keistimewaan burger di BK Square Burger terletak pada pati buatan sendiri yang disediakan sendiri selain gabungan sos dan bahan segar yang memberikan rasa berbeza kepada pelanggan.

KREATIF… Burger telah siap dibungkus dengan teur dadar menggamit selera peminat burger.

Gerai tersebut beroperasi dari Isnin hingga Khamis bermula 5.00 petang hingga 10.00 malam, manakala Jumaat hingga Sabtu dari 5.00 petang hingga 11.00 malam.

Aroma daging panggang yang menyelerakan, limpahan sos melimpah dan pati burger buatan sendiri yang tebal menjadi tarikan utama BK Square Burger sehingga membuatkan penggemar burger sanggup datang berulang kali untuk menikmati keenakannya.

Siapa sangka di sebalik gerai burger biasa, BK Square Burger tampil dengan menu penuh variasi dan rasa padu yang mampu memikat selera penggemar burger tempatan.

Burger panas dengan pati burger buatan sendiri berjus, sos  melimpah dan harga mesra poket menjadikan BK Square Burger antara lokasi wajib singgah bagi kaki burger di Kuching.

Bukan sekadar burger biasa, BK Square Burger tampil dengan pelbagai pilihan menu kreatif termasuk versi Pattaya yang menjadi kegemaran ramai.

BK Square Burger boleh diikuti di media sosial Facebook melalui BK SQUARE BURGER dan TikTok di akaun BKSQUAREBURGER 2.

Waktu operasinya setiap Isnin hingga Khamis bermula 5.00 petang hingga 10.00 malam, manakala pada Jumaat dan Sabtu dibuka lebih lama iaitu dari 5.00 petang hingga 11.00 malam. Lokasinya terletak di 15E, No. 206, Lorong Jalan Datuk Ajibah Abol, 93400 Kuching, Sarawak. Kepada penggemar burger boleh menghubungi 016-8285857.

Tags: RENCANA

Continue Reading

Previous: ‘Cherita Secangkir Kopi’ cetus sasaran Perak dominasi pasaran kopi negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.