Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Majlis Jamuan Negeri eratkan ukhuwah kepimpinan Sarawak
  • TEMPATAN

Majlis Jamuan Negeri eratkan ukhuwah kepimpinan Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hadir menyerikan Majlis Jamuan Negeri sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di Bangunan DUN Sarawak, malam ini. Foto UKAS

KUCHING: Majlis Jamuan Negeri sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 berlangsung dalam suasana penuh meriah dan istiadat di Bangunan DUN Sarawak, malam ini. 

Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hadir menyerikan majlis berkenaan.

Turut mengiringi, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama anaknya, Dayang Nurjihan.

Ketibaan tetamu kehormat disambut dengan alunan lagu ‘Ibu Pertiwiku’ sebelum majlis diteruskan dengan persembahan tarian pembukaan bertemakan ‘Sarawak Maju Makmur’.

Persembahan oleh Artis Tari Majlis Seni Sarawak itu mengetengahkan keunikan budaya masyarakat berbilang kaum di negeri ini selain menampilkan elemen perpaduan dan keharmonian rakyat Sarawak.

Para tetamu kemudiannya menikmati jamuan makan malam sambil dihiburkan dengan persembahan artis jemputan yang diiringi Simfoni Orkestra Negeri Sarawak.

Majlis turut diserikan dengan penampilan artis tempatan serta persembahan penutup ‘Joget Kenangan Manis’ sebelum tetamu kehormat beredar meninggalkan majlis.

Jamuan Negeri tersebut diadakan bersempena pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Persidangan DUN Sarawak Ke-19 yang berlangsung dari 11 hingga 20 Mei ini.

Continue Reading

Previous: Sarawak laksana operasi pembenihan awan, stabilkan paras air empangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.