Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hari Ibu platform hargai pengorbanan golongan ibu – Nancy
  • TEMPATAN

Hari Ibu platform hargai pengorbanan golongan ibu – Nancy

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATO Sri Nancy Shukri ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak kali ketiga di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako, hari ini.

KUCHING: Sambutan Hari Ibu perlu dijadikan platform penting untuk menghargai pengorbanan serta kasih sayang golongan ibu yang menjadi tunjang dalam institusi keluarga, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri.

Beliau berkata, masyarakat khususnya anak-anak perlu mengambil peluang sempena sambutan tersebut untuk menunjukkan penghormatan dan penghargaan kepada insan bergelar ibu.

Menurut beliau, walaupun kasih sayang terhadap ibu dizahirkan setiap hari, Hari Ibu tetap mempunyai nilai istimewa sebagai simbol penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan mereka.

“Kepada anak-anak, ambillah peluang ini untuk menjadikan Hari Ibu sebagai hari istimewa untuk menunjukkan hormat dan kasih sayang kepada ibu kita.

“Walaupun kita memang menyayangi ibu setiap hari, tetapi kita menggunakan Hari Ibu ini sebagai hari yang istimewa untuk meraikan ibu kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak kali ketiga di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako, hari ini.

Nancy turut meminta golongan suami agar menghargai isteri yang memainkan peranan besar sebagai ibu dalam membesarkan anak-anak serta menjaga keharmonian keluarga.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan tahun ini yang bertemakan ‘Seteguh Kasih Ibu’ akan diadakan pada 10 Mei di Dewan Tun Hussein Onn.

Katanya, majlis tersebut akan dirasmikan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Tambah beliau, semua negeri turut akan mengadakan sambutan masing-masing termasuk Sarawak yang dijadual berlangsung pada 14 Mei.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: PBB Sarawak anjur konvensyen empat zon perkukuh jentera akar umbi
Next: Pembinaan Jambatan Marina bermula bulan ini, dijangka siap Mei 2029

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.