Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tangkapan dadah terus dipergiat di Lawas
  • JENAYAH

Tangkapan dadah terus dipergiat di Lawas

Utusan Sarawak 11 hours ago
SALAH LAKU DADAH...tiga suspek yang didapati positif dadah dan memiliki rekod jenayah lampau.  

LAWAS: Polis menahan dua lelaki tempatan berusia 36 dan 24 tahun yang bekerja sebagai buruh kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata, tangkapan dilakukan di bandar Lawas pada petang 3 Mei 2026.

“Hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. Semakan rekod lampau mendapati seorang suspek mempunyai satu kesalahan lampau manakala seorang lagi tiada rekod kesalahan. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, pada petang 30 April 2026, polis menerima laporan daripada seorang warga emas berusia 74 tahun dari Trusan, Lawas.

Pengadu memaklumkan cucu lelakinya berusia 13 tahun dipukul oleh bapa angkatnya, yang juga anak kepada pengadu. Mangsa telah dirujuk ke Hospital Lawas untuk rawatan lanjut.

Bertindak atas laporan itu, pada 3 Mei 2026 sekitar 1.15 petang, sepasukan polis menahan suspek di tempat kerjanya di sebuah jabatan kerajaan di Lawas bagi membantu siasatan.

Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. Semakan rekod lampau menunjukkan suspek mempunyai tiga kesalahan lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Padah lawan polis, lelaki simpan video lucah dicekup
Next: Kes jenayah komersial meningkat hampir 13 peratus suku pertama 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.