Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 84 individu diperiksa dalam operasi bersepadu cegah jenayah 
  • JENAYAH

84 individu diperiksa dalam operasi bersepadu cegah jenayah 

Utusan Sarawak 5 hours ago
PEGAWAI dan anggota polis menjalankan operasi bersepadu pencegahan jenayah pada semalam. Foto IPD Meradong
 

BINTANGOR: Seramai 84 individu diperiksa dalam operasi bersepadu pencegahan jenayah yang dilaksanakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong di beberapa kawasan tumpuan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata operasi tersebut diketuai Inspektor Mohd Salman Zulfitri Sheekandar sebagai pegawai medan dengan dibantu SI Jivson Rockson Chin Chang selaku penolong pegawai medan melibatkan kekuatan seramai 16 pegawai dan anggota.

“Tumpuan operasi merangkumi rondaan berkereta dan pelaksanaan pemeriksaan mengejut di beberapa lokasi strategik termasuk Jalan Kelupu, Jalan KJD, Jalan Bakong, Jalan Kilang, Taman Bintang, Taman Alomara, Jalan Tulai, Taman Paris Height, Taman Vynyrd Residen, Kampung Melayu serta Tanjung Genting.

“Selain itu, sekatan jalan raya turut dijalankan di Jalan Selidap/Meradong bagi memantau dan mengawal pergerakan keluar masuk ke kawasan Bintangor,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, sepanjang operasi dijalankan, seramai 50 lelaki dan 34 wanita telah diperiksa.

Tambahnya, pemeriksaan turut melibatkan 72 kenderaan terdiri daripada motosikal, kereta, van, kenderaan pacuan empat roda dan lori.

“Hasil operasi, sebanyak enam saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Tiada tangkapan atau rampasan direkodkan sepanjang operasi tersebut,” katanya.

Tambahnya, operasi berkenaan dilaksanakan bagi mencegah dan membanteras jenayah termasuk kes kecurian, penyalahgunaan dadah, perjudian serta aktiviti tidak bermoral, di samping meningkatkan kehadiran polis (omnipresence) bagi memberi keyakinan kepada masyarakat setempat.

“Pihak polis akan terus mempergiatkan operasi seumpama ini dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki tempatan ditahan sorok 60 liter diesel tanpa permit di Lubok Antu
Next: Pegawai kanan polis direman, disyaki terima rasuah lindungi pusat hiburan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.