Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki tempatan ditahan sorok 60 liter diesel tanpa permit di Lubok Antu
  • JENAYAH

Lelaki tempatan ditahan sorok 60 liter diesel tanpa permit di Lubok Antu

Utusan Sarawak 5 hours ago

LUBOK ANTU: Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki cuba membeli minyak diesel bersubsidi tanpa kebenaran dalam satu operasi pemantauan di sebuah stesen minyak di Pekan Lubok Antu, pagi semalam.

​Menurut kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu, suspek yang merupakan seorang lelaki berusia lewat 20-an itu dikesan melakukan aktiviti mencurigakan semasa berada di premis berkenaan menerusi pemantauan Pasukan Pemantau Op Tiris 4.0.

​Hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek sedang mengisi minyak diesel ke dalam tiga tong plastik dengan jumlah keseluruhan mencecah 60 liter.

Bagaimanapun, suspek gagal mengemukakan sebarang surat permit atau kelulusan khas bagi pembelian bahan api tersebut.

​Pihak polis menjelaskan bahawa sebarang pembelian bahan api bersubsidi dalam kuantiti tertentu memerlukan dokumen sah daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi mengelakkan penyalahgunaan atau penyeludupan.

​Selain penahanan suspek, pihak berkuasa turut merampas tiga tong berisi diesel berkenaan serta sebuah kenderaan pacuan empat roda yang digunakan untuk mengangkut bahan kawalan tersebut bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

​Kes kini disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. Tangkapan serta barang rampasan telah diserahkan sepenuhnya kepada pihak KPDN Sri Aman untuk proses perundangan dan tindakan penguatkuasaan seterusnya.

​Dalam pada itu, IPD Lubok Antu menegaskan komitmen mereka untuk terus mempergiatkan pemantauan di bawah Op Tiris bagi membanteras sebarang bentuk penyelewengan barang kawalan, khususnya bahan api bersubsidi yang merupakan hak rakyat demi kepentingan negara.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Polis bekerjasama dengan Interpol buru pengasas eHati, suami
Next: 84 individu diperiksa dalam operasi bersepadu cegah jenayah 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.