Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga wanita antara empat individu positif dadah diselamatkan dalam Op Cegah
  • JENAYAH

Tiga wanita antara empat individu positif dadah diselamatkan dalam Op Cegah

Utusan Sarawak 6 hours ago
AADK SIBU… Berjaya menyelamatkan tiga wanita dan seorang lelaki positif dadah dalam Operasi Cegah semalam.  Foto AADK Daerah Sibu

SIBU: Tiga wanita antara empat individu positif dadah berjaya diselamatkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu dalam Operasi Cegah yang dijalankan di sekitar di sini, malam tadi.

AADK Daerah Sibu menerusi kenyataan di Facebooknya memberitahu, kesemua individu yang ditahan melibatkan seorang lelaki dan tiga wanita berusia dalam lingkungan 32 hingga 53 tahun.

Tangkapan tersebut dilaksanakan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Kenyataan itu memberitahu, hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati kesemua individu positif dadah jenis Methamphetamine atau syabu.

Op itu telah dijalankan dengan kekuatan seramai lapan pegawai dan anggota AADK. Pelaksanaan op itu dilakukan selari dengan inisiatif pemerkasaan Akta 283 – Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Akta tersebut memberikan penekanan khusus kepada pendekatan rawatan dan pemulihan yang holistik, di samping menjalankan fungsi penguatkuasaan undang-undang secara tegas.

AADK menegaskan komitmennya untuk terus mempergiatkan operasi pengesanan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penagihan serta penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang.

Langkah itu diambil bagi memastikan rantaian masalah sosial ini dapat diputuskan secara berkesan di peringkat akar umbi.

Sekiranya anda atau insan tersayang memerlukan bantuan dan khidmat nasihat, sila hubungi talian bebas tol AADK 1-800-22-2235 atau melalui aplikasi WhatsApp di talian 019-626 2233 untuk maklumat lanjut. 

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Ops Selera: Lapan warga asing ditahan di Satok
Next: Padini mulakan semakan dalaman berhubung pembekuan akaun oleh SPRM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.