Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 15 dos vaksin anti-rabies diberikan melalui program H2H di Tubau, Sebauh
  • Tengah
  • WILAYAH

15 dos vaksin anti-rabies diberikan melalui program H2H di Tubau, Sebauh

Utusan Sarawak 17 hours ago
DVS dan BDA Bintulu merakam gambar bersama penduduk semasa Program H2H di Rh.Edwin Sujan Mapo.

BINTULU: Sebanyak 15 dos vaksin anti-rabies diberikan menerusi Program House-to-House (H2H) yang dilaksanakan di sekitar Tubau dan Sebauh semalam dalam usaha memperkukuh kawalan penularan rabies di kawasan berkenaan.

Program anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Bahagian Bintulu dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) itu turut melibatkan pelaksanaan pelesenan serta pemasangan mikrocip anjing.

Menurut kenyataan BDA, daripada jumlah vaksin yang diberikan, 11 merupakan suntikan dos pertama manakala empat lagi adalah dos penggalak.

Selain itu, sebanyak 13 e-lesen telah dikeluarkan, manakala 15 ekor anjing berjaya dipasang mikrocip melibatkan 12 pemilik haiwan.

Pelaksanaan program itu melibatkan lawatan ke 21 rumah panjang, dengan 10 lokasi lagi masih berbaki untuk dilawati secara berperingkat.

DVS dan BDA Bintulu merakam gambar bersama penduduk semasa Program H2H di Rh.Ticho Sungai Sujan Pandan.

Inisiatif berkenaan mencerminkan usaha berterusan pihak berkuasa dalam memastikan kesihatan awam terpelihara.

Selain itu, ia juga meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan vaksinasi, pelesenan dan pengenalpastian haiwan peliharaan.

“Kerjasama yang diberikan oleh penduduk setempat amat dihargai dalam menjayakan program ini. 

“Usaha bersepadu antara agensi akan terus diperkukuh bagi memastikan kawalan rabies dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh dan berkesan,” ujar kenyataan itu.

Orang ramai disaran mengikuti perkembangan terkini melalui saluran rasmi pihak berkuasa bagi mendapatkan maklumat lokasi serta tarikh program seterusnya. 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Debak musnahkan sarang tebuan di Kampung Tapah 7 Maludam
Next: APM Spaoh perkasa kemahiran anggota melalui latihan pengendalian ular dan enjin bot

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.