Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • The Reds buru malam ‘ajaib’ di Anfield
  • SUKAN

The Reds buru malam ‘ajaib’ di Anfield

Utusan Sarawak 12 hours ago
MASA depan Arne Slot sebagai pengurus Liverpool kini bergantung kepada keputusan aksi menentang PSG awal pagi Rabu ini. Foto AFP

LIVERPOOL: Liverpool mengharapkan magis Anfield untuk menyelamatkan musim hambar mereka apabila berdepan juara bertahan Paris Saint-Germain dalam aksi kedua suku akhir Liga Juara-Juara awal pagi Rabu ini.

Ketinggalan 0-2 selepas dibelasah di Paris, misi anak buah Arne Slot tampak sukar, namun kapten Virgil van Dijk percaya keajaiban masih boleh dicipta di laman sendiri.

Walaupun bergelar juara England musim lalu, Liverpool kini bergelut di tangga kelima liga selain tersingkir awal dalam saingan domestik.

Liga Juara-Juara menjadi peluang terakhir memburu trofi, namun mereka perlu mengulangi kebangkitan epik seperti menewaskan Barcelona 4-0 pada 2019.

Van Dijk, yang pernah melalui detik itu bersama Lionel Messi dan Barcelona, yakin pengalaman tersebut mampu menyuntik inspirasi buat pasukan.

Namun, masa depan kelab terus dihimpit ketidaktentuan. Mohamed Salah dan Andy Robertson sah akan meninggalkan Anfield hujung musim ini.

Tekanan turut memuncak ke atas Slot apabila penyokong mula melaungkan nama Xabi Alonso sebagai calon pengganti selepas kekalahan memalukan kepada Manchester City.

Kemenangan 2-0 ke atas Fulham sedikit meredakan tekanan, namun segalanya bakal ditentukan dalam pertemuan hidup mati menentang PSG.

Kegagalan sekali lagi di Anfield mungkin menjadi penamat buat Slot — dan satu lagi episod pahit dalam musim penuh derita Liverpool. AFP

Continue Reading

Previous: Kuching City FC rampas tangga kedua Liga Super selepas benam PDRM FC 4-1
Next: Kabong dicadang jadi tuan rumah Kejohanan Tarik Tali Sarawak, sasar peringkat antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.