Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • JTS raih emas, perak di pentas antarabangsa
  • SEMASA

JTS raih emas, perak di pentas antarabangsa

Utusan Sarawak 15 hours ago
KUMPULAN Sassoku Tech menerima Anugerah Emas kategori IIA.

KUALA LUMPUR: Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) terus mengharumkan nama negeri apabila meraih satu pingat emas dan satu pingat perak pada Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2026 di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Pencapaian tersebut diraih menerusi penyertaan di bawah kategori Anugerah Inovasi Antarabangsa (IIM), sekali gus mengukuhkan kedudukan Sarawak dalam landskap inovasi sektor awam di peringkat global.

Ekspo berprestij edisi ke-25 yang berlangsung dari 9 hingga 11 April itu menghimpunkan penyertaan lebih 30 negara melibatkan sektor kerajaan, akademik dan industri, menjadikannya antara platform inovasi paling kompetitif di rantau ini.

Pingat emas JTS diperoleh menerusi inovasi Papan Pemuka Pemantauan dan Pengurusan Komprehensif untuk Tinjauan (Commands) yang dibangunkan oleh Kumpulan Sassoku Tech dari JTS Kuching, iaitu sistem bersepadu bagi memperkasa pemantauan dan pengurusan kerja pengukuran secara menyeluruh berasaskan data.

KUMPULAN Bistari Tech penerima Anugerah Emas PSIA.

Sementara itu, inovasi Poletervation oleh Kumpulan Bistari Tech dari JTS Samarahan meraih pingat perak, selain turut menerima Anugerah Terbaik bagi kategori Jentera, Peralatan dan Alatan serta Proses Pembuatan.

Kejayaan Poletervation tidak terhenti di situ apabila inovasi tersebut turut meraih Anugerah Emas di bawah kategori Inovasi Perkhidmatan Awam Asia (PSIA), di samping menerima pengiktirafan khas daripada Perikatan Antarabangsa Persatuan Inovasi dan Penciptaan.

Dalam kategori sama, Commands turut mencatat prestasi membanggakan apabila dianugerahkan perak serta menerima pengiktirafan khas daripada Persatuan Inovasi dan Penciptaan China.

Dari sudut impak, Commands berperanan sebagai pemangkin kepada pengurusan kerja pengukuran yang lebih strategik melalui penggunaan analitik data masa nyata, manakala Poletervation menawarkan pendekatan lebih sistematik dan efisien dalam operasi kerja lapangan.

DELEGASI JTS di reruai pameran JTS.

Pengarah Tanah dan Survei Sarawak berkata, pencapaian tersebut mencerminkan komitmen berterusan warga jabatan dalam membudayakan inovasi sebagai teras kecemerlangan organisasi.

Menurutnya, kejayaan di peringkat antarabangsa itu bukan sahaja mengharumkan nama Sarawak, malah menunjukkan kesiapsiagaan jabatan dalam mendepani transformasi digital selaras dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Penyertaan dan kejayaan JTS di pentas MTE 2026 memperlihatkan keupayaan agensi awam negeri untuk bersaing di peringkat global, di samping memperkukuh peranan inovasi sebagai pemacu utama kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berimpak tinggi dan berorientasikan rakyat.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Perak Man kembali dipamer di Galeri Arkeologi Lembah Lenggong
Next: Malaysia antara 17 negara “megadiverse” – Arthur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.