Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • KPDN rampas 2,600 liter petrol di Kudat, warga emas ditahan
  • JENAYAH

KPDN rampas 2,600 liter petrol di Kudat, warga emas ditahan

Utusan Sarawak 19 hours ago
KPDN rampas 2,600 liter petrol di Kudat, warga emas ditahan. Gambar hiasan.

KUDAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Kudat merampas 2,600 liter petrol dipercayai diseleweng dalam satu operasi bersepadu di Kampung Pagasaon, Pitas, hari ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDN Kudat, Nazatul Shima Karim berkata, dalam serbuan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Empat, seorang lelaki tempatan berusia 76 tahun ditahan kerana menyimpan bahan api itu tanpa kebenaran sah.

“Minyak petrol itu disimpan dalam 13 tong drum yang diletakkan di bahagian belakang sebuah struktur bangunan dan ditutupi dengan kanvas dalam keadaan mencurigakan,” katanya dalam kenyataan.

Nazatul Shima berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana berurusan dengan barang kawalan tanpa lesen atau kebenaran sah.

Katanya, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyelewengan bahan api kerana ia memberi kesan langsung kepada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lori dipandu warga asing tanpa lesen sah disita di Batu Kawa
Next: Thailand sita 100,000 liter milik syarikat Malaysia di Sadao

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.