Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ahmad Johnie santuni warga SK Sekaan Kechil
  • WILAYAH

Ahmad Johnie santuni warga SK Sekaan Kechil

Utusan Sarawak 11 hours ago
AHLI Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi merasmikan Program Ramah Tamah Aidilfitri SKIMIT di SK Sekaan Kechil.

MATU: Program Ramah Tamah Aidilfitri SKIMIT anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Sekaan Kechil semalam, diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi.

Ahmad Johnie dalam ucapannya menekankan agar hubungan kerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat terus diperkukuh demi memastikan kecemerlangan pendidikan di kawasan tersebut.

Katanya, pendidikan memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi pelajar yang cemerlang, berdisiplin dan berdaya saing. 

AHMAD JOHNIE merakamkan kenangan bersama dengan para pelajar serta tenaga pengajar SK Sekaan Kechil.

Pada majlis tersebut, beliau turut meluangkan masa berkunjung ke setiap kelas untuk beramah mesra dan beraya bersama para pelajar serta guru. 

Pelbagai juadah tradisi hari raya yang disediakan di setiap kelas nyata menambat selera, sekali gus mencerminkan semangat gotong-royong dan kebersamaan. 

AHMAD JOHNIE melakukan kunjungan ke setiap kelas untuk beramah mesra dan beraya bersama para pelajar.

Ahmad Johnie turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang telah menyediakan pelbagai hidangan yang enak, sekali gus menghidupkan lagi tradisi sambutan Aidilfitri di sekolah.

Program ini bukan sahaja menjadi platform mengeratkan silaturahim sempena Aidilfitri, malah mencerminkan komitmen berterusan beliau dalam memperkasa pembangunan pendidikan dan kebajikan pelajar di Parlimen Igan.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ular sepanjang 1.5 meter ditangkap APM di Kampung Baru
Next: Tiada siapa dipinggirkan, gelandangan turut diraikan Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.