Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Petronas nafi terlibat perjanjian bekalan bahan api di Filipina
  • SEMASA

Petronas nafi terlibat perjanjian bekalan bahan api di Filipina

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menafikan sebarang penglibatan dalam perjanjian pembekalan bahan api seperti yang dilaporkan membabitkan entiti kerajaan tempatan di Filipina.

“Petronas ingin menjelaskan tidak mengetahui atau terlibat dalam sebarang pengaturan sedemikian, dan tidak memeterai apa-apa perjanjian atau komitmen yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syarikat minyak dan gas negara itu berkata demikian sebagai merujuk kepada laporan media baru-baru ini mengenai cadangan perjanjian bekalan bahan api di Filipina.

Petronas menegaskan bahawa tumpuan utamanya adalah untuk memastikan bekalan bahan api yang stabil dan berterusan tersedia untuk Malaysia.

“Aspek itu kekal sebagai keutamaan, disokong oleh rangkaian bekalan yang kukuh dan kerjasama erat dengan kerajaan,” katanya.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak rancang peralihan tenaga hijau, kurang bergantung minyak dan gas
Next: Pelancongan domestik Sarawak kekal kukuh hadapi cabaran global

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.