Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua individu ditahan di Bau kerana penyalahgunaan dadah
  • JENAYAH

Dua individu ditahan di Bau kerana penyalahgunaan dadah

Utusan Sarawak 4 hours ago
DUA individu yang ditahan kerana penyalahgunaan dadah

BAU: Ketua Polis Daerah Bau, Mohd Haide A. Rahman mengesahkan penahanan dua individu iaitu seorang lelaki berusia 55 tahun yang bekerja sebagai buruh dan seorang wanita berusia 37 tahun yang tidak bekerja, berkaitan kes dadah.

Beliau berkata, kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan tiada dadah atau barangan lain dirampas dalam operasi tersebut.

Menurutnya, tangkapan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Bau dalam satu operasi pada Rabu.

“Tangkapan dibuat sekitar 1.20 petang di tepi jalan berhampiran Fairy Cave selepas pemeriksaan terhadap seorang lelaki dan wanita yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah,” katanya.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. Mereka kemudian ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Siasatan awal turut mendapati kedua-dua suspek mengaku kali terakhir mengambil syabu sehari sebelum ditangkap.

Kedua-dua suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Bau bagi membantu siasatan lanjut.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Kes penipuan pembelian akaun Mobile Legends secara dalam talian di Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.