Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SKAS 2026 manfaatkan 15,047 penerima di Lawas
  • Utara
  • WILAYAH

SKAS 2026 manfaatkan 15,047 penerima di Lawas

Utusan Sarawak 8 hours ago
INISIATIF GPS…Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Lawas bersama rakan Pemuda PBB menunjukkan replika bantuan SKAS daripada kategori yang ditetapkan.

LAWAS: Program pelancaran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 di seluruh negeri ini bertujuan memastikan golongan layak menerima maklumat tepat mengenai bantuan kerajaan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata bagi daerah ini, seramai 15,047 penerima layak dikenal pasti berdasarkan rekod semasa.

“Daripada jumlah itu, 6,652 merupakan ketua isi rumah, 1,795 warga emas dan 6,600 bujang.

“Pada tahun ini, nilai bantuan turut ditingkatkan kepada RM950 bagi kategori isi rumah, RM500 bagi warga emas dan RM300 bagi bujang, yang akan disalurkan secara berperingkat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran SKAS peringkat Daerah Lawas di sebuah hotel di sini, petang semalam.

Awang Tengah berkata, penyaluran bantuan secara berperingkat bertujuan memastikan penerima dapat menggunakannya secara konsisten.

Pada masa sama, penggunaan akaun S Pay Global diperkenalkan bagi mengelakkan pembaziran dan memastikan bantuan dimanfaatkan untuk keperluan asas.

Turut hadir Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong; Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA), Datuk Ubaidillah Latip; Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok; serta Naib Presiden Persatuan Jati Mirriek Miri, Dato Safri Datuk Abdillah.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Kawad operasi buih perkukuh kesiapsiagaan anggota BBP Bintangor
Next: RM42,000 disalur, komuniti Rumah Tanjong dapat manfaat langsung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.