Iraq lanjut tempoh penutupan ruang udara 72 jam lagi

Facebook
WhatsApp
IRAQ melanjutkan penutupan ruang udara negara itu selama 72 jam lagi susulan ketegangan keselamatan di rantau Asia Barat. Foto agensi

BAGHDAD: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Iraq mengumumkan pada Sabtu pelanjutan penutupan ruang udara negara itu bagi semua penerbangan tiba, berlepas dan transit untuk tempoh 72 jam lagi bermula waktu tengah hari, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa itu memaklumkan keputusan berkenaan dibuat susulan penilaian berterusan terhadap situasi keselamatan dan perkembangan serantau, sambil menambah bahawa langkah tersebut akan disemak semula mengikut perubahan keadaan semasa.

Penutupan itu adalah sebahagian daripada langkah berjaga-jaga yang diambil oleh pihak berkuasa Iraq di tengah-tengah ketegangan yang semakin meruncing berkaitan konflik melibatkan Amerika Syarikat, Israel, dan Iran. – Bernama

SEDAR rasmi tukar nama kepada WAWASAN

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) kini secara rasmi menggunakan nama Parti Wawasan Rakyat (WAWASAN) selepas mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan