Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • SEDC perkukuh kebajikan masyarakat melalui sumbangan Ramadan
  • SEMASA

SEDC perkukuh kebajikan masyarakat melalui sumbangan Ramadan

Utusan Sarawak 10 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di sebuah hotel terkemuka, di sini, hari ini.Foto Norman B

KUCHING: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) bersama anak syarikatnya, SEDC Quarries Sdn Bhd menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM880,000 kepada Tabung Baitulmal Sarawak bagi membantu golongan memerlukan serta memastikan keberkatan Ramadan dapat dirasai oleh masyarakat secara lebih meluas.

Selain itu, SEDC Resources Sdn Bhd turut menyalurkan sumbangan sebanyak RM200,000 kepada Persatuan Bagi Kanak-Kanak Terencat Akal Sarawak (PERKATA) sebagai sokongan terhadap usaha persatuan tersebut dalam menjaga dan memperkasa kanak-kanak berkeperluan khas di Sarawak.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM880,000 daripada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) bersama anak syarikatnya, SEDC Quarries Sdn Bhd kepada Tabung Baitulmal Sarawak, di sini, hari ini.Foto Norman B

Sumbangan tersebut disampaikan pada Majlis Berbuka Puasa anjuran SEDC bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian; Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Hazland Abang Hipni; serta Pengerusi SEDC, Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Husain bersama ketua-ketua jabatan, ahli lembaga pengarah, pihak pengurusan SEDC serta wakil anak syarikatnya.

SEDC Resources Sdn Bhd turut menyalurkan sumbangan sebanyak RM200,000 kepada Persatuan Bagi Kanak-Kanak Terencat Akal Sarawak (PERKATA).Foto Norman B

Majlis turut menzahirkan komitmen SEDC terhadap pendidikan agama menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui penyerahan sumbangan kepada pelajar Madrasah Tahfiz Sulaimaniyyah Ar Ruqiyyah bagi menyokong pembelajaran ilmu agama dalam kalangan generasi muda.

SEDC turut komited memperkukuh peranannya bukan sahaja dalam memacu pembangunan ekonomi negeri, malah memperkasa kesejahteraan masyarakat serta memupuk kemakmuran bersama di seluruh Sarawak.

Oleh Norman B

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: MAS sambung semula operasi penerbangan ke Jeddah, Madinah bermula 8 Mac
Next: Iraq lanjut tempoh penutupan ruang udara 72 jam lagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.