Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Gempa bumi kuat berdekatan Sumatera Utara, gegaran turut dirasai di Malaysia
  • SEMASA

Gempa bumi kuat berdekatan Sumatera Utara, gegaran turut dirasai di Malaysia

Utusan Sarawak 6 hours ago
GEMPA Gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 berlaku di luar pantai barat Sumatera Utara, Indonesia.
 

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 berlaku di luar pantai barat Sumatera Utara, Indonesia pada 12.56 tengah hari ini, dengan gegaran turut dirasai di Malaysia. 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berpusat pada koordinat 2.0 darjah utara dan 96.5 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km). 

Kawasan itu berada pada jarak 112 km tenggara dari Simeulue, Indonesia.

“Gegaran dirasai di sekitar negeri di utara pantai barat Semenanjung Malaysia dan kawasan sekitarnya. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan MetMalaysia di Facebook.

MetMalaysia turut meminta orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu, untuk mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/xbJD3PhHLATFYvzi9.  – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Perkembangan jemaah umrah SUHA terkawal
Next: Dua Ahli Parlimen dari Sarawak jelaskan sebab tidak sempat undi RUU had tempoh jawatan PM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.