
LIMBANG: Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak terus memperkasa institusi masjid dan surau sebagai pusat penyatuan ummah serta pembangunan sahsiah belia.
Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Afiq Fikri Brahim, berkata pelbagai program dilaksanakan bagi mendekatkan pemuda negeri dengan rakyat sepanjang masa.
Beliau yang juga Timbalan Bendahari Pemuda PBB Negeri berkata, sempena Ramadan ini, Majlis Penyerahan Sumbangan Pemuda PBB Sarawak kepada Surau Nurul Azmi turut diadakan dalam usaha menyantuni rakyat di Limbang.

“Melalui program ini, Pemuda PBB menunjukkan komitmen tinggi dalam memperkasa institusi masjid dan surau sebagai pusat penyatuan ummah serta pembangunan sahsiah belia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Majlis tersebut disempurnakan dengan kehadiran Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Abdul Rahman Ismail.
Turut hadir ialah Pengerusi Majlis Daerah Limbang merangkap Naib Ketua Pemuda PBB Negeri, Kaunselor Sufian Mohat, serta barisan Exco Pemuda PBB seluruh Sarawak.
Oleh Adeng Edrus