Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • AirAsia jangka kelewatan penerbangan berikutan penutupan Landasan 3 KLIA
  • SEMASA

AirAsia jangka kelewatan penerbangan berikutan penutupan Landasan 3 KLIA

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Pelanggan-pelanggan AirAsia mungkin berhadapan dengan kemungkinan kelewatan penerbangan berikutan penutupan sementara Landasan 3 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Syarikat penerbangan itu melalui nasihat perjalanan yang dikeluarkan hari ini berkata Malaysia Airports Holdings Bhd telah mengumumkan penutupan sementara landasan bagi memudahkan perjalanan kerja-kerja pembetulan.

“Akibatnya, sesetengah penerbangan mungkin mengalami kelewatan disebabkan pelarasan kapasiti operasi dan landasan di lapangan terbang tersebut,” kata AirAsia dalam siaran di X.

Syarikat itu berkata pelanggan akan dimaklumkan secara langsung jika dan apabila terdapat perubahan pada penerbangan mereka.

“Para pelanggan digalakkan menyemak status penerbangan mereka pada aplikasi AirAsia MOVE atau layari airasia.com/flightstatus untuk maklumat terkini,” katanya.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kerajaan tubuh Jawatankuasa Kerja Teknikal Penstabilan Harga barangan asas di Sabah, Sarawak, Labuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.