Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • ACCCIS sokong petisyen Sarawak berhubung undang-undang petroleum
  • SEMASA

ACCCIS sokong petisyen Sarawak berhubung undang-undang petroleum

Utusan Sarawak 7 hours ago
LOGO Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Sarawak (ACCCIS).

KUCHING: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Sarawak (ACCCIS) menyatakan sokongan penuh terhadap tindakan kerajaan Sarawak memfailkan petisyen di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penentuan kehakiman berhubung kesahihan perlembagaan serta pemakaian berterusan undang-undang Persekutuan berkaitan sumber petroleum di negeri ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, ACCCIS yang mewakili komuniti perniagaan Cina di seluruh Sarawak menyifatkan rujukan perlembagaan itu sebagai langkah sah dan berprinsip selaras dengan Perlembagaan Persekutuan serta Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menurutnya, penjelasan yang dipohon bukan sahaja akan mengesahkan kedudukan perlembagaan, malah memperkukuh kepastian undang-undang berhubung hak Sarawak ke atas sumber semula jadi dalam lingkungan sempadan wilayahnya.

“Bagi komuniti perniagaan, kejelasan kawal selia dan kepastian perlembagaan merupakan asas penting bagi pelaburan jangka panjang, perancangan ekonomi dan pembangunan mampan.

“Keputusan muktamad daripada mahkamah tertinggi negara akan memberikan keyakinan lebih besar kepada pelabur serta pihak berkepentingan industri dalam aktiviti minyak dan gas huluan dan hiliran, di samping mengukuhkan keyakinan terhadap kedaulatan undang-undang,” menurut kenyataan itu.

ACCCIS turut mengiktiraf komitmen berterusan kerajaan Sarawak untuk meneruskan penglibatan secara konstruktif dengan Kerajaan Persekutuan dalam usaha mencapai penyelesaian yang harmoni dan saling menguntungkan.

Tambahnya, pendekatan tersebut mencerminkan rasa tanggungjawab, kematangan institusi serta penghormatan terhadap proses perlembagaan.

ACCCIS menegaskan pihaknya berdiri teguh menyokong kerajaan Sarawak dalam usaha melindungi hak dan kepentingan sah negeri ini demi kemakmuran jangka panjang Sarawak dan Persekutuan.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pemuda SUPP Pusat sokong langkah Sarawak fail petisyen undang-undang petroleum
Next: Pemuda PRS sokong tegas pendirian kerajaan Sarawak fail petisyen hak petroleum

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.