

LAWAS: Lelaki tempatan berusia 39 tahun ditahan kerana disyaki memiliki dadah dalam satu operasi di rumah tidak bernombor di Jalan Lawas Damit.
Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata, suspek yang bekerja sebagai buruh didapati berada dalam keadaan mencurigakan ketika ditemui di ruang tamu rumah berkenaan.
“Hasil pemeriksaan telah menjumpai beg berwarna hitam yang mengandungi satu tiub straw lutsinar berisi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.10 gram.
“Barang yang disyaki dadah tersebut telah dirampas dan dijadikan bahan bukti,” katanya.
Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. Bagaimanapun, semakan rekod lampau mendapati suspek tidak mempunyai kesalahan jenayah terdahulu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Oleh Adeng Edrus