Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penganjur SMG 2026 adakan kunjungan hormat kepada Ahli Parlimen Tanjong Manis
  • Tengah
  • WILAYAH

Penganjur SMG 2026 adakan kunjungan hormat kepada Ahli Parlimen Tanjong Manis

Utusan Sarawak 7 hours ago
TAKLIMAT… Dato Yusuf Abd Wahab mendengar taklimat daripada penganjur Sarikei Motor Gathering (SMG) 2026 ketika mengadakan kunjungan hormat di Pusat Khidmat Parlimen P.206 Tanjong Manis, baru-baru ini.

SARIKEI: Jawatankuasa Penganjur Sarikei Motor Gathering (SMG) 2026 telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Yusuf Abd Wahab di Pusat Khidmat Parlimen P.206 Tanjong Manis, baru-baru ini.

Dalam pertemuan tersebut, beliau menekankan supaya penganjur menetapkan matlamat program yang jelas, khususnya dalam mempromosikan kempen keselamatan jalan raya dalam kalangan penunggang motosikal.

RAKAM KENANGAN… Dato Yusuf Abd Wahab bergambar kenangan bersama penganjur Sarikei Motor Gathering (SMG) 2026

Beliau turut menyarankan agar program berkenaan diisi dengan aktiviti berfaedah seperti sukaneka, gotong-royong serta pengisian berbentuk pendidikan yang memberi manfaat kepada komuniti dan para rider.

Selain itu, beliau mencadangkan agar penganjur mengadakan sesi pencerahan berkaitan pendidikan dan antidadah dengan penglibatan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

PROGRAM Sarikei Motor Gathering (SMG) 2026.

Beliau menyarankan melakukan penyediaan reruai (booth) untuk AADK dan PDRM juga dicadangkan bagi memberi maklumat terus kepada pengunjung.

Pihak penganjur turut disaran menjemput wakil PDRM menghadiri mesyuarat bagi mendapatkan penjelasan serta panduan berkaitan aspek keselamatan dan kelulusan program.

Kunjungan hormat tersebut sempena penganjuran program Sarikei Motor Gathering (SMG) 2026 berlangsung selama dua hari pada 11 hingga 12 April 2026 Tapak Uptown Taman Selera Kampung Seberang.

ANTARA aktiviti sepanjang Sarikei Motor Gathering (SMG) 2026 berlangsung pada April.

Program yang dianjurkan oleh Legacy Motorsport Members dan disokong oleh Cat City Motorsport Club dan Pencinta Dua Roda itu bakal menghimpunkan pelbagai jenis motosikal termasuk motosikal kapcai, skuter, naked bike dan jentera berkuasa tinggi dari dalam serta luar daerah.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perpaduan rakyat teras kemajuan Sarawak – Stephen Rundi
Next: Program Jualan Rahmah Bergerak raih sambutan hangat di Bekenu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.