Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perpaduan rakyat teras kemajuan Sarawak – Stephen Rundi
  • Utara
  • WILAYAH

Perpaduan rakyat teras kemajuan Sarawak – Stephen Rundi

Utusan Sarawak 8 hours ago
 TETAMU kehormat bersama pemimpin masyarakat melakukan acara yee sang sebagai simbol kemakmuran sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Sebauh.

SEBAUH: Semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum terus menjadi tunjang kepada kestabilan serta pembangunan berterusan Sarawak.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, amalan saling menghormati yang telah lama diamalkan rakyat negeri ini perlu dipelihara agar keamanan dapat terus dinikmati generasi akan datang.

Menurut beliau, sambutan perayaan seperti Tahun Baharu Cina (TBC) mencerminkan keunikan Sarawak apabila masyarakat pelbagai kaum bersama-sama meraikannya dalam suasana penuh muhibah.

STEPHEN Rundi Utom bersama tetamu kehormat bergambar selepas majlis simbolik perasmian sambutan Tahun Baharu Cina di Sebauh.

“Di Sarawak, setiap perayaan diraikan bersama. 

“Inilah kekuatan kita yang menjadikan negeri ini stabil dan harmoni,” katanya ketika ditemui media semasa majlis Rumah Terbuka TBC anjuran Ahli Lembaga Pengarah Sekolah Chung San Sebauh, Pan Long Hui di sini, semalam.

Tambahnya, perpaduan masyarakat bukan sahaja penting dari sudut sosial, malah menjadi asas kepada kemajuan ekonomi dan pembangunan negeri secara menyeluruh.

 TETAMU kehormat bergambar sambil memegang angpau sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang berlangsung meriah di Pekan Sebauh.

Dalam perkembangan lain, Stephen Rundi berkata, Sebauh kini berada pada landasan pembangunan positif dengan perancangan pembukaan kawasan pekan baharu di seberang jambatan yang dijangka membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada penduduk setempat.

Beliau turut menyentuh pengalaman menghadapi banjir sebelum ini dan memuji semangat kebersamaan penduduk yang saling membantu ketika berdepan situasi mencabar.

Katanya, kerajaan Sarawak akan terus memperkukuh usaha kesiapsiagaan bencana termasuk menambah baik kemudahan pusat pemindahan sementara serta memastikan bantuan asas dapat disalurkan dengan lebih cekap kepada mangsa terjejas.

 STEPHEN Rundi Utom bersama tetamu kehormat dan kumpulan tarian singa bergambar kenangan selepas sambutan Tahun Baharu Cina di Sebauh.

Menurut beliau, sambutan hangat masyarakat terhadap majlis tersebut jelas menunjukkan hubungan erat antara pemimpin dan rakyat di kawasan luar bandar.

“Kita perlu terus memelihara nilai toleransi dan kebersamaan supaya Sarawak kekal aman serta terus maju,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kunjungan Tahun Baharu Cina medium perkukuh hubungan, fahami isu rakyat
Next: Penganjur SMG 2026 adakan kunjungan hormat kepada Ahli Parlimen Tanjong Manis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.