Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Wanita ditahan terlibat penipuan telefon dan jualan dalam talian
  • JENAYAH

Wanita ditahan terlibat penipuan telefon dan jualan dalam talian

Utusan Sarawak 7 hours ago
SUSPEK ditahan oleh pihak polis pada semalam. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Seorang wanita tempatan berumur lingkungan 20-an ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan telefon melalui modus operandi menyamar sebagai rakan dan penipuan jualan dalam talian yang menyebabkan kerugian kepada mangsa.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata suspek ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong kira-kira 11.10 pagi semalam.

“Suspek dipercayai menyamar sebagai rakan mangsa untuk meminjam wang atas alasan menghadapi masalah kewangan yang mendesak. 

“Selain itu, suspek turut memperdaya mangsa lain melalui iklan penjualan iPhone 12 Pro Max di Facebook pada harga yang murah. Jumlah keseluruhan kerugian yang dilaporkan adalah sebanyak RM1,130.

“Suspek juga dikesan terlibat dalam laporan polis di Gombak dan Port Dickson,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini. 

Katanya, hasil semakan rekod lampau mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi sepuluh tahun serta sebatan dan denda, jika disabitkan kesalahan.

“Orang ramai yang menerima panggilan mencurigakan adalah dinasihatkan supaya membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak polis sebelum membuat sebarang transaksi kewangan kepada pihak ketiga.

“Mangsa juga boleh menghubungi talian hotline Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 bagi melaporkan penipuan dalam talian atau menghubungi Balai Polis Bintangor di talian 084-693222,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 62 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi samseng jalanan
Next: Eksklusif: Bayang gelap menyelinap masuk, komuniti Sarikei perlu berjuang pertahankan masa depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.