Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • BBP Batu Lintang jalankan pemantauan kawasan berisiko banjir, keadaan terkawal
  • TEMPATAN

BBP Batu Lintang jalankan pemantauan kawasan berisiko banjir, keadaan terkawal

Utusan Sarawak 7 hours ago
LOKASI pemantauan di Jalan Batu Kawa.

BATU LINTANG: Pasukan BBP Batu Lintang telah menjalankan rondaan pemantauan di kawasan berisiko banjir termasuk Kampung Sinar Budi, Kampung Sungai Maong, Batu Kawa dan Batu Lintang bermula 9.30 pagi tadi.

LOKASI pemantauan di Taman Desa Wira.

Sepanjang rondaan, beberapa kampung mencatatkan kenaikan paras air akibat hujan semalaman dan paras air sungai yang pasang, namun keadaan masih terkawal.

Penduduk dinasihatkan sentiasa berwaspada dan segera menghubungi pihak bomba jika paras air terus meningkat.

LOKASI pemantauan di Jalan Batu Kawa Bazaar.

Rondaan diketuai oleh anggota PBK II 15483 Aric Sanji (P) dan PB 17058 Clif Thomson Dagai dengan bantuan kenderaan Hilux WA6451V.

Pasukan Bravo, BBP Batu Lintang menegaskan pemantauan berterusan akan dijalankan untuk memastikan keselamatan penduduk.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: JPJ Sarawak perhebat rondaan, pemantauan di seluruh negeri
Next: Taman Awam BDC dibersihkan susulan aduan sisa mercun dan bunga api

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.