
Foto Astana Sarawak
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah hadir ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Kali Ke-271 yang berlangsung di Balai Mesyuarat, Istana Negara.
Ketibaan Tun Wan Junaidi disambut mesra oleh Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara; Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja; serta barisan pegawai kanan Istana Negara yang lain.
Mengiringi Tun Wan Junaidi ialah Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Kewangan Kedua dan Ekonomi Baharu serta Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mewakili Premier Sarawak.