
KUALA LUMPUR: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, hari ini menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM) Ke-148 yang berlangsung di Parlimen Malaysia.
Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dan dihadiri oleh Menteri Besar serta Ketua Menteri dari seluruh negara.
Antara tujuan utama mesyuarat berkenaan adalah untuk membincangkan isu-isu berkepentingan nasional dan negeri, termasuk perkara-perkara berbangkit, laporan maklum balas daripada kerajaan negeri, serta hal-hal lain yang memerlukan perhatian dan penyelarasan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
Sebelum mesyuarat, Premier Sarawak turut mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri di pejabat beliau yang terletak di Dewan Persidangan, Parlimen Malaysia.