Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak peruntuk RM810.6 juta perkukuh bekalan air dengan loji baharu di Sebuyau, Tebedu
  • TEMPATAN

Sarawak peruntuk RM810.6 juta perkukuh bekalan air dengan loji baharu di Sebuyau, Tebedu

Utusan Sarawak 8 hours ago
MENTERI Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi, ketika menyampaikan amanat khas pada majlis Amanat Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi sebuah hotel terkemuka, di Kuching hari ini. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM810.6 juta di bawah Peruntukan Alternatif dan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) bagi melaksanakan projek bekalan air di seluruh negeri tahun ini.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi, berkata kementerian sedang meneliti cadangan membina loji rawatan air baharu di Sebuyau dan Tebedu yang akan berfungsi sebagai loji sandaran kepada sistem sedia ada di Selabi dan Batu Kitang.

“Loji sedia ada kini mampu menghasilkan sehingga 110 juta liter air terawat sehari. 

“Dengan loji baharu ini, kita dapat menambah kapasiti dan memastikan bekalan air bersih berterusan, terutamanya di kawasan yang memerlukan sistem air lebih stabil dan moden,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi di sebuah hotel terkemuka, di sini hari ini.

Julaihi menegaskan, projek ini akan menggunakan teknologi terkini bagi memastikan pengeluaran air terawat dan bersih di beberapa kawasan dapat dicapai secara optimum, selari dengan aspirasi kerajaan negeri memperkukuh penyampaian perkhidmatan utiliti.

Beliau menyeru semua agensi pelaksana untuk memastikan pemantauan berterusan dan tindakan segera sekiranya berlaku kelewatan, supaya setiap sen yang diperuntukkan dimanfaatkan sepenuhnya.

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: MPP perhebat usaha kebersihan, kawal pembuangan sampah
Next: Lo Khere Chiang hulur bantuan mangsa kebakaran Taman Penrissen menjelang Tahun Baharu Cina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.