Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MPP perhebat usaha kebersihan, kawal pembuangan sampah
  • TEMPATAN

MPP perhebat usaha kebersihan, kawal pembuangan sampah

Utusan Sarawak 11 hours ago

SEMPENA sambutan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Majlis Perbandaran Padawan (MPP) telah menyediakan kontena ‘Roll on Roll off (RoRo)’ di lokasi terpilih bagi membolehkan penduduk melupuskan sisa pukal dari 6 hingga 20 Februari depan.

KUCHING: Sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Majlis Perbandaran Padawan (MPP) telah menyediakan kontena ‘Roll on Roll off (RoRo)’ di lokasi terpilih bagi membolehkan penduduk melupuskan sisa pukal dari 6 hingga 20 Februari depan.

Pengerusi MPP, Kaunselor Tan Kai berkata inisiatif tersebut bertujuan memudahkan aktiviti pembersihan serta memastikan persekitaran kediaman kekal bersih dan selesa sepanjang musim perayaan.

“Usaha ini dilaksanakan bagi membantu penduduk melupuskan sisa pukal dengan lebih teratur, di samping mengekalkan tahap kebersihan yang baik semasa musim perayaan,” katanya.

LOKASI tong ‘Roll on Roll off (RoRo)’ diletakkan.

Bagaimanapun, beliau berkata aktiviti mengutip sisa oleh pihak tidak bertanggungjawab sering berlaku setiap kali kontena RoRo disediakan, sekali gus menyebabkan sisa bertaburan di kawasan sekitar.

“Kami terpaksa melakukan kerja pembersihan tambahan bagi membersihkan sisa yang ditinggalkan. Saya ingin mengingatkan penduduk supaya melupuskan sisa dengan betul bagi mencegah penularan penyakit dan mengekalkan kebersihan persekitaran,” katanya.

Tan Kai turut menyentuh usaha MPP dalam menangani pembuangan sampah secara haram, termasuk menyediakan tong sampah individu kepada penduduk.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan pengagihan tong sampah individu di Sin San Tu hari ini.

“Penyediaan tong sampah individu merupakan langkah penting untuk menggalakkan pengasingan dan pelupusan sisa yang lebih baik, meningkatkan tahap kebersihan, mengurangkan pembuangan sampah secara sembarangan serta memperindah kawasan perumahan,” katanya.

Beliau berkata, apabila setiap isi rumah bertanggungjawab terhadap sisa masing masing, perkhidmatan kutipan sampah dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan tersusun.

“Setelah semua penduduk menerima tong sampah individu, MPP akan merobohkan pusat tong sampah sedia ada secara berperingkat bagi meningkatkan kebersihan serta memperbaiki imej keseluruhan perbandaran,” katanya.

Tan Kai turut menggesa orang ramai supaya membantu pihak berkuasa dengan melaporkan sebarang aktiviti pembuangan sampah secara haram.

“Kami mengajak penduduk menjadi mata dan telinga pihak MPP supaya kawasan Padawan kekal bersih, selamat dan terpelihara untuk semua,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Program agihan kalendar, limau mandarin semarakkan suasana Tahun Baharu Cina di Bintangor
Next: Sarawak peruntuk RM810.6 juta perkukuh bekalan air dengan loji baharu di Sebuyau, Tebedu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.