Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jabatan Tanah dan Survei catat pencapaian cemerlang sepanjang 2025
  • TEMPATAN

Jabatan Tanah dan Survei catat pencapaian cemerlang sepanjang 2025

Utusan Sarawak 8 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan gimik perasmian pelancaran Pelan Strategik Jabatan Tanah dan Survei Sarawak 2026–2030 pada Landas Summit 2026.

BINTULU: Jabatan Tanah dan Survei Sarawak mencatat pelbagai pencapaian memberangsangkan sepanjang 2025, khususnya dalam aspek pendaftaran tanah, kutipan hasil serta pendigitalan perkhidmatan.

Pengarah Tanah dan Survei Sarawak, Datu Awang Zamhari Awang Mahmood berkata, prestasi tersebut mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam memperkukuh sistem pentadbiran tanah sejajar aspirasi pembangunan negeri.

Menurut beliau, sehingga 31 Disember 2025, sebanyak 980,827 lot tanah telah didaftarkan di seluruh Sarawak melibatkan keluasan 3.16 juta hektar melalui Sistem Pendaftaran Hak Milik (TRS).

“Daripada jumlah itu, sebanyak 779,303 lot merupakan tanah berhak milik dengan keluasan 2.45 juta hektar, manakala 201,524 lot adalah Tanah Kerajaan dengan keluasan 717,000 hektar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Tanah dan Survei (LANDAS) Summit 2026 di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Pengarah Tanah dan Survei Sarawak, Datu Awang Zamhari Awang Mahmood menerima dokumen Pelan Strategik Jabatan Tanah dan Survei Sarawak 2026–2030 sempena Landas Summit 2026 di sebuah hotel terkemuka di Bintulu.

Awang Zamhari berkata, pendaftaran transaksi tanah pada 2025 terus merekodkan kecemerlangan apabila sebanyak 89,933 surat cara didaftarkan dengan pencapaian 100 peratus pendaftaran hari yang sama.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 81,674 surat cara atau 90.8 peratus berjaya didaftarkan dalam tempoh empat jam pertama,” katanya.

Beliau berkata, nilai keseluruhan transaksi tanah pada tahun lalu mencecah RM30.85 bilion, dengan transaksi cagaran tanah merekodkan nilai tertinggi sebanyak RM15.46 bilion, diikuti pindah milik tanah bernilai RM7.96 bilion.

Selain itu, kutipan duti setem hasil transaksi tanah turut mencecah RM262.28 juta kepada Kerajaan Persekutuan.

Dalam aspek kutipan hasil, jabatan merekodkan RM671.44 juta pada 2025, meningkat berbanding RM600.62 juta pada 2024, dengan tiga kutipan tertinggi melibatkan premium tanah, cukai tanah dan royalti perlombongan.

Beliau turut memaklumkan bahawa program pengukuran tanah adat (NCR) sejak 2010 telah melibatkan keluasan 1.245 juta hektar, manakala sebanyak 109,065 lot individu telah diukur sehingga penghujung 2025.

Dalam aspek pendigitalan, platform eLASIS merekodkan sebanyak 467,621 transaksi dalam talian sepanjang 2025 dengan kutipan hasil RM17.55 juta.

Mengulas mengenai Landas Summit 2026, beliau berkata, program itu menjadi platform strategik sejak 2020 bagi memperkukuh interaksi profesional, perkongsian amalan terbaik serta perancangan strategik jabatan bagi tempoh 2026 hingga 2030.

Tambahnya, jabatan akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan, inovasi serta kolaborasi strategik bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kekal cekap dan berintegriti.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran program serta menzahirkan komitmen jabatan untuk terus menyumbang kepada pembangunan Sarawak.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Warisan tradisi bertemu semangat generasi baharu
Next: Program Amal Tahun Baharu Cina: Lebih 200 keluarga terima bantuan di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.