Hujan lebat, paras air sungai terkawal di sekitar Gua Angin

Facebook
WhatsApp
PANTAU… Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau menjalankan pemantauan di kawasan berisiko banjir di Gua Angin sekitar 11.00 pagi hingga 11.30 pagi tadi. Foto BBP Bau

BAU: Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau menjalankan pemantauan di kawasan berisiko banjir di Gua Angin sekitar 11.00 pagi hingga 11.30 pagi tadi.

Menurut laporan Komander Operasi, keadaan cuaca di Bau ketika itu hujan lebat, namun paras air sungai dilaporkan berada dalam keadaan terkawal.

PANTAU… Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau menjalankan pemantauan di kawasan berisiko banjir di Gua Angin sekitar 11.00 pagi hingga 11.30 pagi tadi. Foto BBP Bau

Operasi melibatkan dua anggota dari BBP Bau dengan penggunaan satu jentera EMRS.

Tiada insiden dilaporkan sepanjang pemantauan dijalankan.

AZAM-IPRM buka laluan tubuh IPRM Sarawak Chapter

KUCHING: Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak dan Institut Perhubungan Raya Malaysia (IPRM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh profesionalisme serta