
LONDON: Bintang One Direction Harry Styles mengumumkan pelancaran album baharu selepas empat tahun, lapor PA Media/dpa.
Penyanyi berusia 31 tahun itu akan mengeluarkan album keempatnya Kiss All The Time. Disco, Occasionally pada 6 Mac ini.
Album yang dihasilkan bersama penerbit eksekutif Kid Harpoon itu kini boleh ditempah daripada laman web artis berkenaan.
Styles bergerak solo selepas beliau dan rakan-rakan One Direction Niall Horan, Liam Payne dan Louis Tomlinson berehat pada 2016, hampir setahun selepas Zayn Malik meninggalkan kumpulan itu.
Antara lagu popular Styles ialah As It Was dan Sign Of The Times.- Bernama-PA Media/dpa