Dato Sri Wahab bagi sumbangan untuk 429 asnaf di Matu

Facebook
WhatsApp
AHLI Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi menyampaikan sumbangan ketika simbolik penyerahan kepada golongan asnaf. Foto Adibfahmy

MATU, 14 November: Seramai 429 golongan asnaf menerima manfaat sumbangan daripada bekas Ahli Parlimen Igan, Dato Sri Wahab Dolah bertempat di Dewan Masyarakat Kampung Tian, di sini hari ini. 

Majlis bermakna ini disempurnakan oleh Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi serta disaksikan pengunjung, masyarakat setempat serta wakil penerima bagi golongan asnaf di Kampung Tian. 

Ahmad Johnie dalam ucapannya menekankan betapa besarnya kelebihan serta ganjaran amalan sedekah di sisi agama. 

AHLI Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf. Foto Adibfahmy

“Masyarakat diseru agar sentiasa menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing bagi membantu mereka yang memerlukan. 

“Bersedekahlah sedikit demi sedikit kerana kita akan mendapat ganjaran daripada yang maha Esa,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau turut berkata, Kampung Tian merupakan kampung yang banyak kali mengadakan majlis untuk golongan asnaf. 

MUHAMAD Kusai memenangi hadiah utama cabutan bertuah. Foto Adibfahmy

Sementara itu, majlis turut diserikan dengan kemunculan istimewa barisan artis tersohor tanah air iaitu Ratu Pop Malaysia, Ramlah Ram, Salma Mentor, dan Azri AF9. 

Pada masa sama, turut berlangsung aktiviti karaoke santai bersama 20 orang peserta serta aktiviti cabutan bertuah. 

Oleh Adibfahmy