Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SAR lelaki warga Indonesia dikhuatiri lemas di Sungai Rejang ditangguhkan
  • Tengah
  • WILAYAH

SAR lelaki warga Indonesia dikhuatiri lemas di Sungai Rejang ditangguhkan

Utusan Sarawak 7 hours ago
 OPERASI SAR…Lelaki warganegara Indonesia yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari sebuah kapal di perairan Sungai Rejang berhampiran Jalan Upper Lanang, di Sibu ditangguhkan pada 5.00 petang tadi.

SIBU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warganegara Indonesia yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari sebuah kapal di perairan Sungai Rejang berhampiran Jalan Upper Lanang, di sini, ditangguhkan pada 5.00 petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, operasi SAR hari pertama yang bermula pada 1.40 petang telah menjalankan pencarian dengan radius sejauh lima kilometer ke hilir dan tujuh kilometer ke hulu sungai.

“Mangsa berusia 44 tahun masih belum ditemui. Operasi SAR dijalankan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam keadaan cuaca mendung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi SAR akan disambung semula esok.

Terdahulu, dalam kejadian sekitar 6.00 petang semalam (Selasa), rakan sekerja mangsa memaklumkan bahawa mangsa dilihat turun untuk mandi sebelum dipercayai terjatuh dari kapal pasir tempat dia bekerja.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Ops SAR wanita warga emas hilang ditangguhkan pada 4.45 petang
Next: Konsul Jeneral Indonesia kunjungi Datuk Bandar Kuching Selatan, perkukuh kerjasama dua hala

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.