Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Seorang parah, seorang tidak sedarkan diri dalam kemalangan empat kenderaan
  • KEMALANGAN

Seorang parah, seorang tidak sedarkan diri dalam kemalangan empat kenderaan

Utusan Sarawak 6 hours ago
 REMUK…Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan berhampiran lampu isyarat Kemuyang, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Sibu. Foto JBPM Zon Sibu

SIBU: Seorang lelaki parah manakala seorang wanita dilaporkan tidak sedarkan diri dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan berhampiran lampu isyarat Kemuyang, Jalan Tuanku Abdul Rahman, pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi, sebuah Proton Saga dan dua kenderaan pacuan empat roda.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 11.38 pagi.

“Kedua-dua mangsa masing-masing berusia 74 tahun (lelaki) dan 63 tahun (wanita) didapati tersepit di dalam kereta Perodua Myvi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan penyelamat dan pengusung tulang belakang.

“Kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut. Operasi tamat sepenuhnya pada 12.41 tengah hari,” ujarnya.

Turut berada di lokasi kejadian ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Suami isteri ditemukan mati di Taman Mutiara, polis siasat unsur pembunuhan
Next: Kemas kini: Wanita warga emas maut dalam kemalangan lima kenderaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.