Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hujan berterusan, jalan utama ke tiga rumah panjang di Selangau dinaiki air
  • Tengah
  • WILAYAH

Hujan berterusan, jalan utama ke tiga rumah panjang di Selangau dinaiki air

Utusan Sarawak 18 hours ago
TIGA rumah panjang di Selangau terputus hubungan, namun tiada pemindahan penduduk dilakukan setakat ini. Foto APM Daerah Selangau

SELANGAU: Tiga rumah panjang di daerah ini masih terputus hubungan apabila jalan utama ke kawasan terbabit dinaiki air susulan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Selangau, Lt. (PA) Luke Douglas Dongum berkata, rumah panjang terlibat ialah Rumah (Rh) Chandu di Kampung Keranji Madu apabila jalan menuju ke lokasi berkenaan dinaiki air setinggi antara 0.3 hingga 0.91 meter.

Menurutnya, jalan ke Rh Magdeline Entayang di Kampung Melinau Baru pula dinaiki air setinggi dua hingga empat kaki, manakala jalan ke Rh Silvester di Kampung Kara dinaiki air antara 0.67 hingga 0.76 meter.

“Pemantauan di Tebingan Selangau turut mendapati kawasan berkenaan dinaiki air setinggi 0.70 meter,” katanya.

Beliau berkata, hasil pemantauan pagi ini mendapati tiada struktur rumah penghuni terjejas dan tiada pemindahan penduduk dilakukan setakat ini.

“Maklumat perkembangan semasa akan disalurkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Penduduk Kapit, Song dinasihat peka paras air sungai yang meningkat
Next: APM pantau kejadian tanah susur di Rumah Adi, Selangau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.